Dasar Privasi

  1. Syarikat Pokémon dan ahli-ahli gabungan yang disenaraikan di bawah* (secara kolektif, “Kumpulan Pokémon”), mengenali kepentingan Maklumat Peribadi (seperti yang ditakrifkan dalam "Definisi Maklumat Peribadi") dan adalah komited untuk melindungi Maklumat Peribadi. Dasar Privasi ini menetapkan peraturan yang harus dipatuhi oleh Kumpulan Pokémon bagi pengurusan dan perlindungan Maklumat Peribadi anda yang sesuai dan memberikan anda maklumat mengenai pengendalian Maklumat Peribadi Kumpulan Pokémon.

  2. * Pokémon Center Co. Ltd., Pokemon Singapore, Pte. Ltd., 宝可梦(上海)玩具有限公司 (Pokemon Shanghai) and Pokémon Korea, Inc.

  3. Dasar Privasi ini merupakan satu perjanjian antara anda dan Kumpulan Pokémon. Untuk menggunakan produk dan perkhidmatan Kumpulan Pokémon, anda perlu memahami sepenuhnya dan bersetuju dengan Dasar Privasi ini. Dengan menggunakan mana-mana produk atau perkhidmatan Kumpulan Pokémon, anda akan dianggap telah bersetuju dengan terma dan syarat Dasar Privasi ini.

  4. Sekiranya anda masih di bawah umur dewasa di negara tempat tinggal anda, anda mesti mengesahkan bahawa penjaga atau wakil di sisi undang-undang anda telah membaca Dasar Privasi ini dan membenarkan penggunaan anda dengan produk dan perkhidmatan Kumpulan Pokémon berdasarkan terma dan syarat Dasar Privasi ini. Dalam kes-kes di mana kebenaran langsung penjaga atau wakil di sisi undang-undang anda diperlukan, anda mesti mendapatkan kebenaran tersebut atas tanggungjawab anda sendiri.

  5. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan Dasar Privasi ini, atau jika penjaga atau wakil di sisi undang-undang anda tidak bersetuju dengan Dasar Privasi ini, anda tidak boleh menggunakan produk atau perkhidmatan Kumpulan Pokémon.

Skop Dasar Privasi
  1. Dasar Privasi ini terpakai untuk pengendalian Maklumat Peribadi oleh syarikat-syarikat Kumpulan Pokémon. Sekiranya setiap syarikat Kumpulan Pokémon mempunyai dasar privasi untuk negara atau wilayah yang tertentu, atau produk atau layanan yang tertentu (selepas ini dirujuk sebagai "Dasar Privasi Khusus"), dan terdapat perselisihan antara Dasar Privasi ini dan Dasar Privasi Khusus, Dasar Privasi Khusus akan dipakaikan.

  2. Sekiranya Dasar Privasi ini mengandungi peruntukan untuk pelanggan yang tinggal di negara atau wilayah tertentu, peruntukan tersebut akan dipakaikan.

Definisi Maklumat Peribadi
  1. Definisi "Maklumat Peribadi" yang dirangkumi oleh Dasar Privasi ini akan menuruti peruntukan Akta Perlindungan Maklumat Peribadi Jepun (Akta No. 57 tahun 2003, selanjutnya dirujuk sebagai "Akta" termasuk sebarang pindaan atau revisi berkenaan) dan undang-undang dan peraturan lain yang berkaitan dengan privasi di negara dan wilayah yang berkenaan (selanjutnya disebut "Undang-Undang").

  2. "Maklumat Peribadi" ditakrifkan dalam Akta sebagai maklumat yang berkaitan dengan individu yang masih berhidup (i) yang mengandungi nama, tarikh lahir, atau penerangan lain, dll. di mana individu tertentu dapat dikenali (termasuk apa-apa yang secara langsung dapat menimbulkan pengenalpastian individu tertentu dan apa-apa yang dapat disatukan dengan maklumat lain dan dengan itu mengenal pasti individu tertentu) atau (ii) ditakrifkan sebagai "kod pengenalan individu" seperti cap jari, cetak suara, dll.

  3. Dalam kes-kes di mana Dasar Privasi ini terpakai untuk Maklumat Peribadi pelanggan yang tinggal di Jepun, "Maklumat Peribadi" harus merangkumi "data pribadi" dan "data peribadi yang disimpan" seperti yang didefinisikan dalam Akta.

Dasar melindungi Maklumat Peribadi
  1. 1.Kumpulan Pokémon akan mematuhi Undang-Undang.

  2. 2.Kumpulan Pokémon akan mengendalikan Maklumat Peribadi hanya setakat yang diperlukan untuk mencapai tujuan-tujuan penggunaan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini.

  3. 3.Kumpulan Pokémon akan memastikan Maklumat Peribadi adalah tepat dan yang terkini serta memadamkan maklumat tersebut tanpa berlengah-lengah setelah tujuan penggunaannya dicapai. Selanjutnya, bila diwajibkan oleh Undang-Undang, Kumpulan Pokémon akan menetapkan jangka waktu penyimpanan Maklumat Peribadi dan memadamkan Maklumat Peribadi tanpa berlengah-lengah setelah tempoh penyimpanan Maklumat Peribadi berakhir.

  4. 4.Kumpulan Pokémon akan berusaha untuk mengambil tindakan yang diperlukan dan sesuai untuk pengawalan keselamatan Maklumat Peribadi termasuk mencegah akses yang tidak dibenarkan, kebocoran, pemalsuan, kehilangan dan kerosakan, dll.

  5. 5.Kumpulan Pokémon akan berusaha untuk terus mengulas semula dan meningkatkan langkah-langkahnya untuk melindungi Maklumat Peribadi.

Koleksi Maklumat Peribadi
  1. 1.Kumpulan Pokémon boleh mengumpulkan pelbagai Maklumat Peribadi daripada anda termasuk maklumat yang berikut, dalam bentuk lisan atau bertulis atau dengan cara gambaran, rakaman, media rakaman elektromagnetik, e-mel, input di Internet atau cara-cara lain.

    Nama, alamat, jantina, umur, tarikh lahir, nombor telefon, nombor faks, alamat e-mel, nama sekolah, pekerjaan, tempat kerja, nombor lesen memandu, nombor pasport, maklumat mengenai produk / perkhidmatan Kumpulan Pokémon yang digunakan oleh pelanggan (termasuk nama pengguna untuk permainan, maklumat berkaitan dengan komunikasi (seperti alamat IP), akaun media sosial, sejarah permainan, kaedah bermain, dll.), foto / filem yang diambil atau dirakam, suara, jenis produk Kumpulan Pokémon / perkhidmatan yang dipesan atau dibeli dan maklumat pembelian seperti maklumat kad kredit dan tarikh pembelian, salinan sijil tempat tinggal dan maklumat yang membenarkan pengenalan individu tertentu.

  2. 2.Kumpulan Pokémon tidak akan mengumpulkan Maklumat Peribadi yang terutamanya sensitif, seperti bangsa, agama, status sosial atau sejarah perubatan pelanggan tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada pelanggan; dengan syarat bahawa ini mungkin tidak akan diamalkan jika dikehendaki oleh Undang-Undang sebaliknya.

Tujuan Penggunaan Maklumat Peribadi
  1. Kumpulan Pokémon hanya akan menggunakan Maklumat Peribadi yang dikumpulkan setakat yang diperlukan untuk mencapai tujuan-tujuan yang berikut dan tujuan-tujuan yang dinyatakan secara jelas terlebih dahulu.

  1. Tujuan-tujuan penggunaan

  2. 1.Untuk menangani penerimaan pesanan, pemprosesan penyelesaian, pengiriman, perkhidmatan selepas penjualan, pembaikan, dll. berkaitan dengan produk dan perkhidmatan.

  3. 2.Untuk menghubungi pelanggan yang telah memohon untuk kempen-kempen kini atau yang telah menyertai pertandingan-pertandingan.

  4. 3.Untuk membalas pertanyaan atau permintaan daripada pelanggan dan mengesahkan pengenalpastian pelanggan.

  5. 4.Untuk mengurus ahli-ahli laman web, kedai atas talian (online) dan buletin e-mel, dll. yang dikendalikan oleh Kumpulan Pokémon.

  6. 5.Untuk beroperasi, merakam dan mengumumkan acara-acara mengenai produk dan perkhidmatan Kumpulan Pokémon (termasuk pertandingan permainan kad perdagangan Pokémon).

  7. 6.Untuk pengumuman, pengiklanan dan aktiviti-aktiviti promosi mengenai produk dan perkhidmatan Kumpulan Pokémon (termasuk pengedaran buletin e-mel dan pengumuman).

  8. 7.Untuk reka bentuk, penyelidikan, pengembangan atau peningkatan produk / perkhidmatan serta penyelidikan dan analisis pasaran.

  9. 8.Untuk menjalankan perniagaan sampingan atau yang berkaitan dengan perkara-perkara di atas.

Penggunaan Bersama Maklumat Peribadi
  1. Syarikat-syarikat Kumpulan Pokémon boleh bersama-sama menggunakan Maklumat Peribadi pelanggan menurut Undang-Undang.

  1. 1.Perkara-perkara Maklumat Peribadi yang digunakan bersama
    Perkara-perkara yang dinyatakan dalam bahagian "Koleksi Maklumat Peribadi" di atas.

  2. 2.Tujuan penggunaan bersama
    Tujuan yang dinyatakan dalam bahagian "Tujuan Penggunaan Maklumat Peribadi" di atas.

  3. 3.Skop penggunaan bersama Maklumat Peribadi
    Kumpulan Pokémon

  4. 4.Orang yang bertanggungjawab untuk pengurusan Maklumat Peribadi
    Syarikat Pokémon

Pemberian Maklumat Peribadi kepada pihak ketiga
  1. Kumpulan Pokémon tidak akan mendedahkan atau memberikan Maklumat Peribadi kepada pihak ketiga kecuali dalam kes-kes yang berikut:

  1. 1.Pendedahan dibuat dengan kebenaran pelanggan.

  2. 2.Pendedahan atau penyerahan yang dibuat setakat yang diwajibkan oleh Undang-Undang.

  3. 3.Pendedahan dibuat dengan cara yang tidak membenarkan pengenalan pelanggan individu, seperti data statistik.

  4. 4.Pendedahan atau pemberian yang dibuat kepada kontraktor (termasuk kontraktor di luar Jepun) setakat yang diperlukan untuk mencapai tujuan penggunaan. Dalam kes ini, Kumpulan Pokémon akan melakukan semua pengawasan yang diperlukan dan sesuai terhadap kontraktor dengan mengambil langkah-langkah seperti mengadakan perjanjian dengan kontraktor mengenai pengendalian Maklumat Peribadi.

  5. 5.Pendedahan atau pemberian yang diperlukan untuk melindungi nyawa, kesihatan atau harta benda pelanggan atau pihak ketiga dan yang sukar untuk mendapatkan kebenaran terlebih dahulu.

Pemindahan ke luar negara
  1. Kumpulan Pokémon boleh memindahkan Maklumat Peribadi anda ke luar negara atau tempat tinggal anda setakat yang diperlukan untuk mencapai tujuan penggunaan yang ditentukan dalam Dasar Privasi ini. Dalam kes ini, Kumpulan Pokémon akan mengambil langkah-langkah yang diperlukan dan sesuai menurut kepada Undang-Undang, seperti mengadakan perjanjian perkhidmatan mengenai pengendalian Maklumat Peribadi.

Perubahan kepada Dasar Privasi ini
  1. Kumpulan Pokémon mungkin akan mengemas kini Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa berturut dengan kehendakian Undang-Undang yang baru digubalkan atau untuk sebab-sebab yang lain. Dasar Privasi yang dikemas kini akan diterbitkan di laman web ini dan akan mula berkuatkuasa pada masa penerbitan tersebut. Sekiranya anda terus menggunakan produk atau perkhidmatan Kumpulan Pokémon setelah pengemas kini tersebut, anda akan dianggap sebagai telah menyetujui kepada Dasar Privasi yang telah dikemas kini tersebut.

Prosedur dan pertanyaan berkaitan dengan Maklumat Peribadi
  1. Berdasarkan Undang-Undang, anda mempunyai hak-hak tertentu mengenai pemberitahuan tujuan penggunaan, pendedahan, pembetulan, penambahan, pemadaman, penangguhan penggunaan, penghapusan atau permintaan penangguhan penyediaan kepada pihak ketiga, dll. Berkaitan degan Maklumat Peribadi yang diperoleh oleh Kumpulan Pokémon. Dalam perlaksanaan hak anda, anda mungkin diminta untuk menjalani prosedur pengenalpastian.

    Sila hubungi kami melalui alamat e-mel berikut untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai prosedur ini dan sebarang pertanyaan.

  1. data-processing-officer@pokemon.co.jp

Kuki
  1. Kuki digunakan dalam beberapa bahagian laman web yang dikendalikan oleh Kumpulan Pokémon untuk tujuan penggunaan laman web yang lebih lancar. Kuki merujuk kepada data kecil yang dihantar kepada penyemak imbas web anda semasa anda mengakses laman web. Data tersebut membolehkan kami mengetahui sejarah akses pengguna ke laman web kami. Tidak ada sebarang maklumat yang dapat mengenal pasti pelanggan tertentu yang terkandung dalam maklumat yang diperolehi oleh Kuki melainkan jika pelanggan memasukkan maklumat yang dapat mengenal pasti pelanggan, seperti dengan pendaftaran keahlian atau apa-apa yang berkenaan. Harap maklum bahawa sekiranya Kuki dinyahaktifkan, sekatan penggunaan laman web berkemungkinan akan berlaku.

Notis kepada Penduduk Malaysia
  1. Tambahan kepada perkara di atas, sekiranya anda ialah penduduk Malaysia dan jika Maklumat Peribadi anda diproses di Malaysia, anda mungkin mempunyai hak-hak tambahan yang tertentu berkenaan dengan Maklumat Peribadi yang kami miliki mengenai anda , termasuk:

  1. hak untuk menarik balik persetujuan anda terhadap pemprosesan Maklumat Peribadi anda;

  2. hak untuk diberitahu melalui notis bertulis mengenai:
    (a) hak subjek data itu untuk meminta akses kepada dan untuk meminta pembetulan terhadap Maklumat Peribadi itu dan bagaimana untuk menghubungi pengguna data itu tentang apa-apa pertanyaan atau aduan berkenaan dengan Maklumat Peribadi itu;
    (b) sama ada wajib atau sukarela bagi subjek data untuk memberikan Maklumat Peribadi itu; dan
    (c) jika wajib bagi subjek data untuk memberikan Maklumat Peribadi itu, akibat kepadanya jika dia tidak memberikan Maklumat Peribadi itu.

  3. hak untuk mengakses Maklumat Peribadi yang dipegang oleh seorang pengguna data dan boleh memperbetulkan Maklumat Peribadi itu jika data peribadinya tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini, kecuali jika pematuhan dengan permintaan untuk akses atau pembetulan tersebut enggan diberikan di bawah undang-undang.

  1. Last updated: December 2, 2020

Better site: ProxyBot webproxy https://proxybot.cc/b?q=2o78T6FnkYVT6quo6i8s6oSTFXWks7T6YXs7S